BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 10, 2009

APA itu SUNYI...??

APA itu SUNYI..???

Sunyi ada 2 jenis...

Ada sunyi yang bagus dan ada sunyi yang tidak bagus.

Sunyi yang bagus ialah satu keadaan di mana tiada kebisingan, maka sunyi ini dapat mententeram dan mendamaikan diri. Tapi, mungkin ada orang yang aman dan tenteram jika bising. Tetapi jika suasana bising yang dapat jadikannya aman dan tenteram, sebenarnya ‘something wrong there’. Manakala sunyi yang tidak berapa bagus ialah sunyi jiwa / hati.

MENGAPA ianya tidak bagus? Di bawah ada jawapan2nya insyaAllah.

MENGAPA biasanya sunyi jiwa / hati ini berlaku?

Antaranya ialah kerana ketiadaan / kekurangan teman yang akrab. Terutamanya di zaman yang serba moden dan canggih ini, teman2 pun canggih2. Ada yang jenis memilih mereka2yang ada pangkat dan harta sahaja untuk dijadikan teman. Orang2 macam saya ni memang selalunya ‘out of list‘ untuk menjadi teman mereka, huhu. Biasanya orang akan pergi kepada mereka2 yang dijangka akan mendapat pulangan yang lumayan balik dan mendapat glamor apabila berkawan dengan mereka.

Itu adalah realiti kehidupan sekarang. Walaubagaimana pun kita tidak boleh menyalahkan mereka, kerana itu hak mereka. Mungkin kerana kita juga yang tidak pandai berkawan. Maka kita tidak boleh juga memaksa orang lain untuk berteman dengan kita. Kita mesti terima hakikat setakat mana kita mampu berteman dan setakat mana orang lain mampu menerima kita sebagai teman mereka.


Tidak berteman atau tidak mempunyai ramai teman tidak bererti kita perlu melayan kesunyian dalam diri kita. Dan tiada teman tidak sepatutnya menjadikan kita sunyi. Keadaan sunyi dalam jiwa biasanya bukan semata2 kerana tiada teman. Orang yang ramai teman sekalipun ramai juga yang masih kesunyian jiwanya. Mengapa kesunyian jiwa itu masih berlaku sedangkan dia mempunyai ramai teman? Ada yang memberi alasan bahawa teman2nya tidak memahami dirinya, tidak pandai bergaul dengannya, pentingkan diri mereka sendiri dan sebagainya. Itu terpulang kepada pengalaman yang dilalui oleh masing2 kerana lain orang lain ragamnya.


Apa yang penting di sini ialah jiwa kita ini sebenarnya perlukan pengisian dan santapan2 nya yang tersendiri. Apabila ianya telah terisi dan mempunyai santapan2nya yang khusus, maka tidak ada teman ke, tidak ada boyfren atau girlfren ke, masyarakat menyisihkan kita ke, insyaAllah kita tidak akan sunyi. Tetapi sunyi sekali-sekala tu biasa la, itu adalah lumrah. Cuma yang kita dapat cuba elak ialah sunyi yang kronik yang boleh menyebabkan penyakit jiwa dan seumpamanya.


Memang naluri manusia perlukan kepada teman lebih2 lagi kepada teman sejati yang akan dikahwini dan hidup bersama dengannya selamanya. Tetapi jika jodoh anda masih belum sampai, anda tidak seharusnya merasa kesunyian yang kronik, kerana masih ada banyak alternatif untuk anda tidak merasakan sedemikian. Apa lagi kesunyian kronik hanya akan menyusahkan diri anda sendiri tanpa disedari. Jika kita pasrah terhadap takdir yang menimpa ke atas kita, maka insyaALlah kita tidak akan kecewa dan berputus asa yang menyebabkan kepada kemurungan / kesunyian kronik.

Masing2 kita mempunyai potensi diri, masing2 kita mempunyai bakat anugerah ilahi, kita mempunyai kelebihan masing2. Maka dengan cara mengenali potensi dan bakat yang ada pada diri kita, ini secara tidak langsung juga dapat mengelakkan kita dari kesunyian jiwa. Kerana kita boleh menyibukkan diri dengan kerja2 yang kita mahir padanya. Apabila kita telah sibuk dengan kerja2 dan urusan2 kita, secara automatik perasaan sunyi itu sudah tidak dirasai lagi. Selagi kita berkhayal dengan perasaan sunyi kita , selagi itu lah kesunyian itu akan dirasai.

Jika anda masih tidak menjumpai potensi anda dalam sesuatu bidang, cuba lah usaha untuk mencarinya. Percayalah, anda mempunyai kelebihan tersendiri yang mungkin anda sendiri tidak perasan. Dan disamping itu, sentiasa lah isi jiwa anda dengan santapan2 yang paling sesuai dengannya.

0 comments: