BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 6, 2009

K.E.S.U.N.Y.I.A.N buat R.E.M.A.J.A

Mengurus kesunyian bukanlah sesuatu hal yang mudah.Remaja yang hatinya ceria amat suka berkawan.Kawanlah menjadi tempat berbual, berbincang, mengadu dan meminta nasihat.Tanpa kawan, remaja akan sunyi.Kesunyian adalah sesuatu yang amat mencengkam.Kesunyian tidak hanya berlaku kepada remaja malah kepada semua peringkat usia.


Cabaran dan godaan sering juga datang pada waktu sunyi.Manusia mempunyai nafsu dan naluri.Kesunyian yang tidak terpandu boleh menyebabkan manusia melayani bisikan syaitan dan iblis.Mengisi kesunyian sewaktu menerima bisikan syaitan dan iblis boleh mendorong seseorang melakukan maksiat dan kemungkaran.Seseorang boleh lupa kepada diri, lupa kepada agama dan lupa kepada Allah S.W.T kerana kesunyian menjadikannya membuat pilihan yang salah.


Banyak kajian menunjukkan bahawa pengaruh kawan atau rakan sebaya menjadi faktor utama dalam memahami tingkah laku dan gelagat remaja hari ini.Kecenderungan remaja terlibat dalam amalan merokok, dan salah guna dadah, umpamanya, antara lain ialah faktor pengaruh kawan di samping keinginan untuk mencuba.Pengaruh rakan sebaya besar kesannya mempengaruhi hidup seorang remaja.

K.E.S.U.N.Y.I.A.N R.E.M.A.J.A

  • Ada ketikanya remaja memerlukan kesunyian untuk menumupkan perhatian kepada sesuatu.Menelaah dan mengulangkaji bahan-bahan pelajaran tentunya memerlukan suasana yang tidak bising dan menggangu.

  • Ada ketikanya remaja memang suka mengurung diri di dalam bilik dan tidak ingin diganggu.Tetapi suasana sunyi akan bertukar menjadi beban dalam hidup apabila remaja mula berasa sunyi.Sunyi adalah membosankan dan sunyi perlu diisi dengan kegiatan-kegiatan terlarang.

  • Bagi remaja yang dirundung suasana sunyi,perasaan sunyi dan hati juga menjadi sunyi.Jiwa terasing mula dirasakan.Remaja tidak tahu hendak buat apa-apa.Akhirnya apa yang tergerak itulah yang dilakukan.Kadang-kadang yang dilakukan adalah sesuatu yang salah dan tidak bermanfaat.

  • Merokok dianggap teman mengisi kesunyian.Menonton bahan-bahan lucah boleh mengisi cita rasa mengatasi kesunyian.Akhirnya amalan sebegini menimbulkan ketagihan dan remaja ingin terus melakukannya lagi tanpa pengetahuan orang lain.

0 comments: