BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Kesan. Show all posts
Showing posts with label Kesan. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

SUNYI PUNCA NYANYUK..???

WASHINGTON: Satu kajian terbaru Amerika Syarikat mendakwa mereka yang sunyi dan hidup bersendirian berisiko sehingga dua kali ganda untuk mengalami masalah Alzheimer.

Kebanyakan pesakit Alzheimer yang turut dikaitkan sebagai nyanyuk kerana sering mengalami masalah lupa dan sukar mengingat perkara baru selain mudah penat, sukar membezakan waktu, tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa dan hilang keupayaan menguruskan diri sendiri

Hasil kajian terbaru itu diperolehi menerusi kajian besar-besaran ke atas lebih 800 pesakit warga tua sepanjang tempoh empat tahun.

Masalah pengasingan diri daripada masyarakat sememangnya sering dikaitkan dengan penyakit nyanyuk atau dementia, tetapi inilah kali pertama penyelidikan oleh Pusat Perubatan Universiti Rush melihat perasaan sebenar mereka terbabit.

Dalam rencana disiarkan edisi terbaru Archives of General Psychiatry, penyelidik itu, bagaimanapun, berkata, alasan kaitan itu masih belum dapat dipastikan.

Ketua Penyelidik, Professor Robert Wilson dan rakan mereka menilai tahap kesunyian responden dengan menyuruh mereka memberikan jawapan dalam bentuk nombor 1 hingga 5, berhubung kenyataan mengenai kesunyian.

Pertanyaan itu termasuk adakah responden berasakan kekosongan dan sering berasa diabaikan. Responden turut dinilai bagi mengesan tanda-tanda dementia dan penyakit Alzheimer.

Bedah siasat turut dilakukan ke atas 90 pesakit yang mati dalam kajian berkenaan bagi mengesan beberapa petunjuk fizikal penyakit Alzheimer seperti pembentukan protein di luar dan sekitar sel saraf.

Mereka mendapati risiko berlakunya Alzheimer, meningkat sehingga 51 peratus bagi setiap mata markah mengenai kesunyian.

Responden yang mencatatkan markah 3.2 mempunyai 2.1 kali ganda risiko penyakit Alzheimer berbanding mereka yang mencatat markah di bawah 1.4 mata. – Agensi

“Ada dua andaian yang boleh dirumuskan iaitu kesunyian itu sememangnya faktor risiko dan kedua, kita perlu melihat aspek di luar skop keadaan saraf seseorang bagi memahami keadaan sebenarnya,” kata Profesor Wilson.

Sunday, September 6, 2009

K.E.S.U.N.Y.I.A.N buat R.E.M.A.J.A

Mengurus kesunyian bukanlah sesuatu hal yang mudah.Remaja yang hatinya ceria amat suka berkawan.Kawanlah menjadi tempat berbual, berbincang, mengadu dan meminta nasihat.Tanpa kawan, remaja akan sunyi.Kesunyian adalah sesuatu yang amat mencengkam.Kesunyian tidak hanya berlaku kepada remaja malah kepada semua peringkat usia.


Cabaran dan godaan sering juga datang pada waktu sunyi.Manusia mempunyai nafsu dan naluri.Kesunyian yang tidak terpandu boleh menyebabkan manusia melayani bisikan syaitan dan iblis.Mengisi kesunyian sewaktu menerima bisikan syaitan dan iblis boleh mendorong seseorang melakukan maksiat dan kemungkaran.Seseorang boleh lupa kepada diri, lupa kepada agama dan lupa kepada Allah S.W.T kerana kesunyian menjadikannya membuat pilihan yang salah.


Banyak kajian menunjukkan bahawa pengaruh kawan atau rakan sebaya menjadi faktor utama dalam memahami tingkah laku dan gelagat remaja hari ini.Kecenderungan remaja terlibat dalam amalan merokok, dan salah guna dadah, umpamanya, antara lain ialah faktor pengaruh kawan di samping keinginan untuk mencuba.Pengaruh rakan sebaya besar kesannya mempengaruhi hidup seorang remaja.

K.E.S.U.N.Y.I.A.N R.E.M.A.J.A

  • Ada ketikanya remaja memerlukan kesunyian untuk menumupkan perhatian kepada sesuatu.Menelaah dan mengulangkaji bahan-bahan pelajaran tentunya memerlukan suasana yang tidak bising dan menggangu.

  • Ada ketikanya remaja memang suka mengurung diri di dalam bilik dan tidak ingin diganggu.Tetapi suasana sunyi akan bertukar menjadi beban dalam hidup apabila remaja mula berasa sunyi.Sunyi adalah membosankan dan sunyi perlu diisi dengan kegiatan-kegiatan terlarang.

  • Bagi remaja yang dirundung suasana sunyi,perasaan sunyi dan hati juga menjadi sunyi.Jiwa terasing mula dirasakan.Remaja tidak tahu hendak buat apa-apa.Akhirnya apa yang tergerak itulah yang dilakukan.Kadang-kadang yang dilakukan adalah sesuatu yang salah dan tidak bermanfaat.

  • Merokok dianggap teman mengisi kesunyian.Menonton bahan-bahan lucah boleh mengisi cita rasa mengatasi kesunyian.Akhirnya amalan sebegini menimbulkan ketagihan dan remaja ingin terus melakukannya lagi tanpa pengetahuan orang lain.

Sunday, August 23, 2009

Siapa yang Mengalami Kesunyian..??

AMIR Hamzah, seorang penyair terkenal, menyebutkan sunyi dalam rangkap bait puisinya,
“Sunyi itu duka, sunyi itu kudus. Sunyi itu luka, sunyi itu lampus.”
FAHAMI erti sunyi..
Kesunyian adalah suatu keadaan yang menyebabkan jiwa dan hati rasa terasing. Ia boleh menyebabkan manusia digigit resah dan dipaut pasrah. Daripadanya kedukaan menghimpit.
SIAPA yang mengalami kesunyian..??
Kesunyian berlaku kepada semua peringkat manusia..
  • Seorang lelaki yang kematian isteri yang disayangi akan berasa sunyi yang amat sangat apabila ketiadaan isteri di sisinya lagi.
  • Seorang anak yang kehilangan ibu dan ayah juga merasakan kesunyian yang luar biasa.
  • Seorang tua yang berumur dan tinggal seorang diri merasakan perjalanan hidup yang sunyi dan menggigit.
  • Remaja yang hatinya ceria amat suka berkawan. Kawanlah menjadi tempat berbual,berbincang, mengadu dan meminta nasihat.Tanpa kawan, remaja akan sunyi.