BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Cara Mengatasi. Show all posts
Showing posts with label Cara Mengatasi. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

ERTI SANTAPAN JIWA...

Apakah Erti Santapan JIWA...

Tidak lain dan tidak bukan iaitu sentiasa INGAT kepada PENCIPTA kita. Dan antara cara yang kita boleh buat untuk sentiasa mengingatiNya agar jiwa kita tidak sunyi iaitu dengan solat, membaca AlQuran, berzikir, belajar ilmu agama, buat baik dan jangan lupa sentiasa berdoa dan bertawakkal ke hadiratNya. Puji Allah banyak2 kerana Allah suka kepada hamba yg memuji-Nya. Jika semua pengisian ini sentiasa kita lakukan, maka tidak ada masa untuk SUNYI menggugat hati kita.


Jangan risau jika anda tidak mempunyai teman, kerana Allah S.w.t ada masa 24 jam sehari untuk anda tanpa tertinggal walau sesaat. Manusia lain termasuk ibu bapa anda sendiri pun tidak boleh meluangkan masa untuk anda selama itu dalam sehari. Manusia lain ada kesibukan dan hal masing2. Tiada manusia yang dapat meluangkan sepenuh masa untuk anda. Akan tetapi Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa mempunyai masa untuk seluruh hambaNya setiap saat. Masa Allah tidak sama dengan masa kita dan kita tidak dapat bayangkan kekuasaanNya. Maka sesungguhnya anda tidak keseorangan dan Allah lebih dekat kepada hambaNya lebih dari urat leher hamba itu sendiri. Luahkanlah segala isi hati anda padaNya, DIa Maha Mendengar, insyaAllah anda akan merasa selesa dan tenang dengan berbuat begitu.


Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, dan bentuk2 pertolongan adalah berbeza antara manusia dengan manusia lain sesuai dengan apa yang dimahukan manusia itu sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui, Dia tahu apa yang diperlukan oleh hamba2Nya. Kerana itu lah di kala seorang hamba itu merasakan kesunyian tanpa teman, antara pertolongan2 Nya ialah Dia mengutuskan hamba2Nya yang lain untuk menjadi teman kepada hamba yang kesunyian tadi. Maka doa dan tawakkal mesti diserahkan kepadaNya, insyaAllah pertolongan akan tiba. Mungkin teman yang akan diutuskan itu bukan dalam waktu terdekat. Mungkin memakan masa, semuanya itu adalah ujian dariNya untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita.


INgatlah, untuk mendapat pertolongan terbaik dari Allah juga perlukan kita melakukan solat dan sabar.

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu′.” Surah Al Baqarah : Ayat 45


Jangan merasa terlalu hina dan rendah diri jika anda tidak mempunyai ramai teman. Kerana Nabi Nuh pun tidak ramai yang ingin berteman dengannya. Malahan lebih ramai manusia mencemuh, memperli dan mempermain2kannya. Mempunyai ramai teman tidak bermakna anda seorang yang hebat. Mempunyai ramai teman tidak bermakna anda di pihak yang benar dan sebagainya. Kerana ada kalanya seseorang itu mempunyai teman yang ramai, tetapi teman2 itu hanya bersandiwara, ingin menumpang harta dan pangkatnya semata. Jika sekiranya harta dan pangkatnya hilang, nescaya beransur2 lesap lah teman2nya tadi.


Ketahuilah, kesunyian yang kronik adalah merbahaya kepada jiwa anda sendiri. Ianya juga merupakan salah satu was2 dari syaitan agar kita merasa tertekan, tidak berpuas hati, frust menonggeng, tidak bersyukur dan seterusnya kufur terhadap Tuhan secara halus. Maka sebaiknya lah kita cuba mengelak dari merasakan kesunyian yang terlajak.


Tetapi kesunyian itu sendiri ada hikmahnya. Dengan perasaan sunyi itu lah seorang hamba merasakan kebergantungan terhadap Tuhannya. Di kala sunyi itu lah seorang hamba mudah teringat kembali kepada Tuhannya. Jika tidak mungkin dia akan terus hanyut dengan kesenangan duniawi yang menipu ini. Cuma yang penting, kesunyian itu harus terkawal dan tidak keterlaluan sehingga boleh memudaratkan diri sendiri.


Maka bagi mereka yang masih merasakan ketiadaan atau kekurangan teman, sesungguhnya masih ramai lagi yang merasakan sebegitu, bukan anda seorang. CUba la belek2 kat mana2 nescaya akan terjumpa lah insyaAllah, orang2 yang senasib dengan anda, di mana anda boleh kongsi bersama suka-duka anda nanti. Dan jangan lupa untuk sentiasa INGAT kepada Allah , sentiasa merasakan kehadiranNya, supaya hati kita sendiri akan menjadi tenteram keranaNya. Semoga kita semua dilindungi Allah dari keadaan sunyi jiwa kerana Allah bersama orang2 yang sabar, Allah bersama orang2 yang bertaqwa, Allah bersama orang2 yang bertawakkal kepadaNya, Allah bersama2 orang yang membantu agamaNya. Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI ……. :)

Tuesday, September 8, 2009

Bila KESUNYIAN Datang...


Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari. Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana. Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa. Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna. Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam. DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini. Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita. Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa. Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan? Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.

Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita. Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya. Rasulullah SAW bersabda,


“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya.Ketika mendapat ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya"


R.E.M.A.J.A dan S.U.N.Y.I ?? BAGAIMANA ??

Dlm memilih kawan, remaja harus memilih kawan yang baik. Kawan yang baik tidak sahaja menjadi teman mengatasi kesunyian malah menjadi sahabat waktu susah dan senang. Kawan yang baik menjadi tempat berbual perkara-perkara berfaedah, memberi dan menerima nasihat yang berguna serta menjalankan kegiatan bersama yang boleh memberi manfaat. Kawan yang baik ialah kawan yang tahu batas benar dan salah dan sekiranya remaja terlanjur atau telajak, ia akan menasihatinya.


BAGAIMANA MENGATASINYA ??

  • Adanya teknologi canggih seperti komputer boleh digunakan untuk melakukan chit-chatting yang berfaedah, melayari internet dan laman web yang memberi maklumat dan info yang berguna. Seterusnya remaja harus memiliki hobi seperti membaca, bermain dan bersukan bila melalui masa-masa lapang agar diri tidak dibelenggu kesunyian bila berseorangan. Ini akan menyebabkan remaja resah dan hilang arah.

  • Komunikasi dengan ibu bapa, adik beradik merupakan langkah terbaik bagaimana kehidupan di rumah boleh berlaku dengan riang dan ceria. Sekiranya komunikasi dalam keluarga dapat berlaku dengan baik, ia secara jangka panjang akan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, ada perasaan ambil tahu dan saling berkongsi di kalangan anggota keluarga menyebabkan hubungan sekeluarga menjadi rapat dan erat.

  • Apa sahaja masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh remaja boleh dikongsikan dengan ibu bapa. Ibu bapa adalah tempat mengadu masalah dan mengatasi segala kebuntuan yang dihadapi. Ibu bapa adalah orang yang bersifat jujur dan sayang kepada anak-anaknya. Sifat ini harus dimanfaatkan oleh remaja agar segala masalah yang dihadapi boeh diatasi dengan bijaksana.

  • Remaja Islam juga boleh mengurus kesunyian dengan baik dan bijaksana juga. Masa terluang akan diisi dengan kegiatan yang berfaeah. Ada kalanya remaja Islam memerlukan teman lain untuk berbicara. Ada kalanya remaja memerlukan sejenak kesunyian untuk berkomunikasi dengan Pencipta-Nya.

  • Solat merupakan jalan terbaik bagaimana komunikasi dengan Allah S.W.T dapat berlaku. Remaja akan melakukan rukuk dan sujud untuk membina jiwa kehambaan yang tinggi. Daripada jiwa kehambaan yang tinggi membentuk hati, iman dan taqwa menyebabkan remaja takut untuk melanggar syariat Allah S.W.T.

  • Remaja akan berasa insaf apa sahaja yang dilakukan dalam hidup tidak akan terlepas daripada pemerhatian Allah. Remaja akan merasakan bahawa hidup yang berkat adalah di bawah keredhaan Allah.

  • Remaja yang bertaqwa adalah remaja yang sering merasakan bahawa dalam melakukan apa-apa terutama pada waktu sunyi, remaja akan berasa concious atau ingat bahawa Allah ada di mana-mana. Sesetengah remaja apabila tidak berada di depan ibu bapa atau orang yang diseganinya akan melakukan sesuatu di luar batasan terutama dalam waktu sunyi.

  • Jangan membiarkan kesunyian membelenggu sehingga menggigit dan mencengkap rasa dan meyebabkan jalan keluarnya ialah melakukan pelanggaran yang membawa akibat buruk kepada diri remaja. Jadilah remaja yang sentiasa ingat kepada Allah, tahu batasan dan larangan- Nya dan sentiasa patuh dengan ajaran- Nya.

  • Isilah masa dengan perkara berfaedah, tingkatkan ilmu pengetahuan supaya remaja merasak sunyi adalah teman, sunyi adalah ruang mencari kekuatan dan sunyi menjadikan remaja orang-orang sentiasa berfikir mengenai kebaikan dan dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan kegiatan-kegiatan terlarang.

Sunday, August 23, 2009

HOW TO STOP FEELING LONELY

Step 1
Determine the reason or source of why you are feeling lonely. Write down your feelings and thoughts in a journal. Take time to acknowledge the feeling and ask yourself if you've always been feeling lonely or did you recently become lonely due to a certain situation.
Step 2
There are internal and external reasons for feeling lonely. External reasons are based on an actual physical situation in which you may not have access to people to communicate with, such as being alone in a jail cell. Internal reasons are based on your inner emotions in which you simply feel lonely but are not actually alone. Determine if your loneliness is internal or external.
Step 3
Remedy your situation by communicating with others who share a common interest with you. Join a support group, a social club, or get on the Internet and get into chat rooms or join groups in which you share a common interest.
Step 4
Go to
different places, change up your daily routine and do something different in order to see and meet new people.
Step 5
If your loneliness is internal find a counselor, therapist or psychologist that you can talk to about your feelings. Read books on building up your confidence, self-esteem and/or communication skills. Join associations, go to workshops, and seminars to increase your awareness about how others may perceive you.
Step 6
Participate in work events, volunteer for non profit organizations or humanitarian groups. Do something to enhance your people skills or go to diversity training so that you'll feel comfortable around people who may be different from you, rather than feeling excluded.