BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 10, 2009

ERTI SANTAPAN JIWA...

Apakah Erti Santapan JIWA...

Tidak lain dan tidak bukan iaitu sentiasa INGAT kepada PENCIPTA kita. Dan antara cara yang kita boleh buat untuk sentiasa mengingatiNya agar jiwa kita tidak sunyi iaitu dengan solat, membaca AlQuran, berzikir, belajar ilmu agama, buat baik dan jangan lupa sentiasa berdoa dan bertawakkal ke hadiratNya. Puji Allah banyak2 kerana Allah suka kepada hamba yg memuji-Nya. Jika semua pengisian ini sentiasa kita lakukan, maka tidak ada masa untuk SUNYI menggugat hati kita.


Jangan risau jika anda tidak mempunyai teman, kerana Allah S.w.t ada masa 24 jam sehari untuk anda tanpa tertinggal walau sesaat. Manusia lain termasuk ibu bapa anda sendiri pun tidak boleh meluangkan masa untuk anda selama itu dalam sehari. Manusia lain ada kesibukan dan hal masing2. Tiada manusia yang dapat meluangkan sepenuh masa untuk anda. Akan tetapi Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa mempunyai masa untuk seluruh hambaNya setiap saat. Masa Allah tidak sama dengan masa kita dan kita tidak dapat bayangkan kekuasaanNya. Maka sesungguhnya anda tidak keseorangan dan Allah lebih dekat kepada hambaNya lebih dari urat leher hamba itu sendiri. Luahkanlah segala isi hati anda padaNya, DIa Maha Mendengar, insyaAllah anda akan merasa selesa dan tenang dengan berbuat begitu.


Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, dan bentuk2 pertolongan adalah berbeza antara manusia dengan manusia lain sesuai dengan apa yang dimahukan manusia itu sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui, Dia tahu apa yang diperlukan oleh hamba2Nya. Kerana itu lah di kala seorang hamba itu merasakan kesunyian tanpa teman, antara pertolongan2 Nya ialah Dia mengutuskan hamba2Nya yang lain untuk menjadi teman kepada hamba yang kesunyian tadi. Maka doa dan tawakkal mesti diserahkan kepadaNya, insyaAllah pertolongan akan tiba. Mungkin teman yang akan diutuskan itu bukan dalam waktu terdekat. Mungkin memakan masa, semuanya itu adalah ujian dariNya untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita.


INgatlah, untuk mendapat pertolongan terbaik dari Allah juga perlukan kita melakukan solat dan sabar.

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu′.” Surah Al Baqarah : Ayat 45


Jangan merasa terlalu hina dan rendah diri jika anda tidak mempunyai ramai teman. Kerana Nabi Nuh pun tidak ramai yang ingin berteman dengannya. Malahan lebih ramai manusia mencemuh, memperli dan mempermain2kannya. Mempunyai ramai teman tidak bermakna anda seorang yang hebat. Mempunyai ramai teman tidak bermakna anda di pihak yang benar dan sebagainya. Kerana ada kalanya seseorang itu mempunyai teman yang ramai, tetapi teman2 itu hanya bersandiwara, ingin menumpang harta dan pangkatnya semata. Jika sekiranya harta dan pangkatnya hilang, nescaya beransur2 lesap lah teman2nya tadi.


Ketahuilah, kesunyian yang kronik adalah merbahaya kepada jiwa anda sendiri. Ianya juga merupakan salah satu was2 dari syaitan agar kita merasa tertekan, tidak berpuas hati, frust menonggeng, tidak bersyukur dan seterusnya kufur terhadap Tuhan secara halus. Maka sebaiknya lah kita cuba mengelak dari merasakan kesunyian yang terlajak.


Tetapi kesunyian itu sendiri ada hikmahnya. Dengan perasaan sunyi itu lah seorang hamba merasakan kebergantungan terhadap Tuhannya. Di kala sunyi itu lah seorang hamba mudah teringat kembali kepada Tuhannya. Jika tidak mungkin dia akan terus hanyut dengan kesenangan duniawi yang menipu ini. Cuma yang penting, kesunyian itu harus terkawal dan tidak keterlaluan sehingga boleh memudaratkan diri sendiri.


Maka bagi mereka yang masih merasakan ketiadaan atau kekurangan teman, sesungguhnya masih ramai lagi yang merasakan sebegitu, bukan anda seorang. CUba la belek2 kat mana2 nescaya akan terjumpa lah insyaAllah, orang2 yang senasib dengan anda, di mana anda boleh kongsi bersama suka-duka anda nanti. Dan jangan lupa untuk sentiasa INGAT kepada Allah , sentiasa merasakan kehadiranNya, supaya hati kita sendiri akan menjadi tenteram keranaNya. Semoga kita semua dilindungi Allah dari keadaan sunyi jiwa kerana Allah bersama orang2 yang sabar, Allah bersama orang2 yang bertaqwa, Allah bersama orang2 yang bertawakkal kepadaNya, Allah bersama2 orang yang membantu agamaNya. Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI ……. :)

0 comments: