BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 7, 2009

ceritera hati yang sunyi..



Sunyi itu sepi....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kesepian dan kesunyian itu kekadang menghantui diri kita. Mungkin banyak sebab yang membuatkan kita berasa sunyi dan sepi. Kalau yang paling tragis, kerna kehilangan insan yang paling kita sayangi. Melihat fenomena dan sunnatullah, kematian pasti menjengah apabila sampainya ajal seseorang itu. Terpampang di hadapan mata akan kesunyian dan kesepian sekiranya yang pergi adalah yang kita paling sayangi. Contoh besar paling agung, Perginya utusan Sang khaliq ke muka bumi, Muhammad S.A.W. Perginya baginda membawa kesunyian kepada kaum kerabat baginda dan para sahabat yang senantiasa berdamping membawa Islam yang suci. Namun, itu semua dihadapi dengan tabah kerana yang disembah pastinya hidup selamanya tanpa mati. Yang Mati hanyalah utusan-Nya yang membawa rahmat ke seluruh alam. Adakah anda pernah melalui kesunyian dan kesepian? Rawatlah ia dengan membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah, kerana semua itu akan membawa kepada ketengan jiwa dan menghiburkan hati yang sunyi sepi. Namun mampukah kita insan yang kerdil ini menjadikan Al-quran sebagai hiburan hati? Kita sering dilalaikan dengan lagu-lagu yang kita rasakan mampu mengubat hati yang sunyi. Itulah silap kita.Sepatutnya Ayat-ayat cinta ilahi yang perlu kita pugarkan dalam hati –sanubari kita yang sunyi sepi itu.

0 comments: