BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, September 8, 2009

R.E.M.A.J.A dan S.U.N.Y.I ?? BAGAIMANA ??

Dlm memilih kawan, remaja harus memilih kawan yang baik. Kawan yang baik tidak sahaja menjadi teman mengatasi kesunyian malah menjadi sahabat waktu susah dan senang. Kawan yang baik menjadi tempat berbual perkara-perkara berfaedah, memberi dan menerima nasihat yang berguna serta menjalankan kegiatan bersama yang boleh memberi manfaat. Kawan yang baik ialah kawan yang tahu batas benar dan salah dan sekiranya remaja terlanjur atau telajak, ia akan menasihatinya.


BAGAIMANA MENGATASINYA ??

  • Adanya teknologi canggih seperti komputer boleh digunakan untuk melakukan chit-chatting yang berfaedah, melayari internet dan laman web yang memberi maklumat dan info yang berguna. Seterusnya remaja harus memiliki hobi seperti membaca, bermain dan bersukan bila melalui masa-masa lapang agar diri tidak dibelenggu kesunyian bila berseorangan. Ini akan menyebabkan remaja resah dan hilang arah.

  • Komunikasi dengan ibu bapa, adik beradik merupakan langkah terbaik bagaimana kehidupan di rumah boleh berlaku dengan riang dan ceria. Sekiranya komunikasi dalam keluarga dapat berlaku dengan baik, ia secara jangka panjang akan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, ada perasaan ambil tahu dan saling berkongsi di kalangan anggota keluarga menyebabkan hubungan sekeluarga menjadi rapat dan erat.

  • Apa sahaja masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh remaja boleh dikongsikan dengan ibu bapa. Ibu bapa adalah tempat mengadu masalah dan mengatasi segala kebuntuan yang dihadapi. Ibu bapa adalah orang yang bersifat jujur dan sayang kepada anak-anaknya. Sifat ini harus dimanfaatkan oleh remaja agar segala masalah yang dihadapi boeh diatasi dengan bijaksana.

  • Remaja Islam juga boleh mengurus kesunyian dengan baik dan bijaksana juga. Masa terluang akan diisi dengan kegiatan yang berfaeah. Ada kalanya remaja Islam memerlukan teman lain untuk berbicara. Ada kalanya remaja memerlukan sejenak kesunyian untuk berkomunikasi dengan Pencipta-Nya.

  • Solat merupakan jalan terbaik bagaimana komunikasi dengan Allah S.W.T dapat berlaku. Remaja akan melakukan rukuk dan sujud untuk membina jiwa kehambaan yang tinggi. Daripada jiwa kehambaan yang tinggi membentuk hati, iman dan taqwa menyebabkan remaja takut untuk melanggar syariat Allah S.W.T.

  • Remaja akan berasa insaf apa sahaja yang dilakukan dalam hidup tidak akan terlepas daripada pemerhatian Allah. Remaja akan merasakan bahawa hidup yang berkat adalah di bawah keredhaan Allah.

  • Remaja yang bertaqwa adalah remaja yang sering merasakan bahawa dalam melakukan apa-apa terutama pada waktu sunyi, remaja akan berasa concious atau ingat bahawa Allah ada di mana-mana. Sesetengah remaja apabila tidak berada di depan ibu bapa atau orang yang diseganinya akan melakukan sesuatu di luar batasan terutama dalam waktu sunyi.

  • Jangan membiarkan kesunyian membelenggu sehingga menggigit dan mencengkap rasa dan meyebabkan jalan keluarnya ialah melakukan pelanggaran yang membawa akibat buruk kepada diri remaja. Jadilah remaja yang sentiasa ingat kepada Allah, tahu batasan dan larangan- Nya dan sentiasa patuh dengan ajaran- Nya.

  • Isilah masa dengan perkara berfaedah, tingkatkan ilmu pengetahuan supaya remaja merasak sunyi adalah teman, sunyi adalah ruang mencari kekuatan dan sunyi menjadikan remaja orang-orang sentiasa berfikir mengenai kebaikan dan dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan kegiatan-kegiatan terlarang.

0 comments: